Wednesday, December 22, 2010

CARA CUCI CD

CARA MENCUCI CLOTH DIAPER

Cara dibawah adalah cara yang saya amalkan. Mungkin ada cara lain yang diamalkan oleh orang lain. Apapun, bagi saya cara mencuci CD amatlah mudah.

Ini adalah hadiah yang saya bawa pulang setiap petang dari nurseri Adelia Damia. Biasanya 4 set set CD berada di dalam wet bag ni.


Semua CD yang kotor saya kumpulkan didalam baldi yang kering. Saya mencuci CD saya 2 hari sekali. Ingat, JANGAN rendam CD anda di dalam baldi bersama air kerana bakteria akan membiak dengan cepat. Kumpul je semua dalam baldi yang kering seperti gambar di atas.

Jika baby poo-poo, buang dahulu poo-poo baby dengan cara menyiram CD dengan air yang deras kedalam tandas.

Untuk membasuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (memberus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti akan merosakkan material CD dan juga akan mengurangkan prestasi CD).

Cara saya senang je, selesai buang poo-poo, saya masukkan semua CD ke dalam mesin basuh dan "quick wash" tanpa sabun selama 24 minit. Jadi, xperlu la susah2 buang masa membilas dan menyental. Serahkan tugas tersebut pada mesin basuh anda.

Quick Wash tanpa sabun: Pastikan air di isi dengan cukup. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitan / butang (snap / velcro) agar tidak rosak). Tapi saya kadang malas nak letak dalam laundry net, apapun CD saya masih elok sehingga ke hari ini, CD ni memang tahan lama. Bagus kan?

Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).
Peringatan : Gunakan sabun yang sikit. Elakkan mengguna softlan atau downy atau sebarang pelembut atau pewangi. Ini kerana minyak/lemak dalam pewangi tersebut akan terperangkap dalam CD dan akan mengurangkan keupayaan CD menyerap.

Selepas habis Quick Wash, saya masukkan nappi kleen dan sedikit serbuk sabun. masa ni boleh campurkan CD yang telah dibasuh secara "quick wash" tadi dengan semua pakaian baby. Basuh seperti biasa.

Basuh seperti biasa dengan sabun dan air yang mencukupi.
Anda juga boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada.

Jemur CD anda dibawah sinaran matahari. Kalau CD masih ada berbau, jemuran dibawah cahaya matahari akan menhilangkan bau/warna berkenaan. Jika nak lebih wangi, boleh titikkan Dettol setitik dua. Pengalaman saya, lepas anak Poo Poo, saya basuh dengan air sahaja. Kebiasaannya warna kuning pada CD agak degil untuk hilang kerana saya Fully BF. Jadi saya jemur menghadap matahari. Kesan kotoran kuning tu pasti hilang.

Kadang saya mencuci CD pada waktu petang selepas kerja, jadi saya cuma jemur di dalam rumah, pagi keesokkan harinya dah kering dan sedia untuk digunakan. Hujung minggu saya akan jemur di bawah sinaran matahari.

TIPS

1) Gunakan Washing Net untuk menjaga butang2 CD drpd rosak/tercabutdan memanjangkan jangka hayat CD anda.
2) Gunakan sabun yg sedikit / 1/4 drpd 1 sudu @ sukatan biasa (dpt jimat sabun gak)
3) Gunakan air yg banyak semasa membasuh CD di dalam mesin basuh
4)
JANGAN gunakan sabun yang mengandungi enzim, peluntur, pelembut kain. Pendek kata guna sabun murah ajer hehe (jimat lagi kan). Sabun serbuk akan terperangkap dlm insert dan menyebabkan kebocoran. Sabun yg digalakkan..gel Sunlite. Logical Issue : sabun ni xde enzim, serbuk dan peluntur. Nappi Kleen pun bagus.
5) Sebaik2nya jemur di bawah sinaran matahari untuk menghilangkan kesan2 kuning Poo Poo.
6) Jika mahu mengumpul CD sebelum dibasuh, tolong kumpulkan semua CD yang telah dibilas dan diperah ke dah BALDI yang KERING. Baldi basah menggalakkan pertumbuhan bakteria. Bila perah CD tu, kite boleh rasa seakan kering.
7) Untuk babysitter usage, sila tukar CD afer 3-4 hours. Lipat dan terus masukkan dlm wet bag / plastic. Bile kita balik, baru bersihkan. Kalaubbysitter rajin, dia boleh buang poo-poo dulu, lg elok...
8)Untuk elak kebocoran, perlu dipastikan saiz yang dipakai adalah betul dan ditukar setiap 3-4 jam sekali.
9) Pre wash hendaklah dilakukan 3x atau lebih. kurang pre-wash akan menyebabkan Insert xmenyerap dgn baik.
10) Bilas dengan bersih untuk elak kebocoran dan bau.

1 comment:

  1. best...cr yg senang n bergambar sng nk paham....br nk start berCD ni..semoga sy kuat semangat;p

    ReplyDelete

PAYMENT METHOD

Sebarang pertanyaan / tempahan: email: adeliadamia.gmail.com googletalk: adeliadamia ym: elmalba call/sms: 012-9892441

Bayaran boleh dibuat melalui fund transfer/cash deposit ke akaun saya. Sila sms/emel utk menerima no akaun.

TERMA DAN SYARAT


1. MSG/EMEL ORDER (ITEM) ANDA.
2. BAYAR DEPOSIT 50% UTK BOOKING / FULL PAYMENT UTK RESERVE ORDER.
3. BARANG HANYA DIHANTAR SELEPAS BAYARAN PENUH DITERIMA.
4. SELEPAS BAYARAN DIBUAT, SILA EMEL/SMS:
-JUMLAH BAYARAN (RM)
-TARIKH/MASA BAYARAN
-NAMA PENUH
-ALAMAT
-NO TELEFON
5. TRACKING NO. AKAN DI EMEL/SMS KPD ANDA SLPS BRG DI HANTAR.
________________
** Pembatalan disaatkan akhir adalah tidak dibenarkan.
**Kami TIDAK AKAN bertanggungjawab diatas KEHILANGAN @ KEROSAKAN barang selepas proses penghantaran selesai kecuali kesilapan tersebut berpunca dari pihak kami.
**UTK COD (CASH ON DELIVERY) SILA BAYAR 50% DEPOSIT UTK RESERVED ORDER ANDA.

DELIVERY METHOD

POS LAJU MALAYSIA: kos dibiayai pelanggan (kecuali diberitahu).
1 pcs CD : Berat +-200gm
Pos laju
Semenanjung Malaysia:1 Hari

RM10.00 (3-5 pcs)
RM12.00 (6 pcs)
RM14.00 (7 pcs)
RM16.00 (8 pcs)
RM18.00 (9-10 pcs)

Sabah/Sarawak: Penghantaran 1-2 Hari
RM8.00(up to 2pcs)
RM14.00 (3-5pcs)

Penghantaran hanya akan di buat selepas bayaran diterima.

Selepas bayaran dibuat sila email/SMS